Terengganu bersedia membantu Wilayah Ekonomi Pantai Timur Pantai Timur (ECERDC) memajukan Pusat Penyelidikan dan Inovasi Ternakan Kambing (PPITK), di Kuala Berang yang dijangka awal tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri serius membantu membangunkan projek itu kerana menyedari mampu memberi peluang kepada petani generasi baru menambah pendapatan melalui penggunaan teknologi terkini.
“ Satu lagi projek pertanian yang penting di Terengganu, Taman Bio Herba Pasir Raja yang diwujudkan semata-mata untuk penanamanan 10 jenis herba bernilai tinggi seperti mengkudu, hempudu bumi, tongkat ali, dukung anak, misai kusing halia bara, gaharu, roselle dan kacip Fatimah.
“Penanaman herba itu untuk menyokong industri hiliran yang melibatkan makanan dan minuman halal serta bahan farmasiutikal,” katanya pada satu majlis baru-baru ini.
Katanya, pihak kami yakin industri itu mampu dimajukan kerana petani tempatan sememangnya berpengalaman dengan selok belok tanaman herba.
“Secara langsung, golongan itu boleh mengambil peluang ini melibatkan diri dalam perdagangan secara kecil-kecilan untuk industri hiliran berkaitan,” katanya.
Ahmad Said turut memberitahu, ECERDC turut memperkenalkan program empower ECER kerana menyedari kepentingan pembangunan modal insan yang berkualiti dalam memenuhi kehendak pelabur selain memenuhi pemintaan masyarakat berpendapatan rendah.
“Melalui program itu, pelbagai aspek dapat dibantu, termasuk berkaitan akademi pelajar; kemahiran , keusahawanan golongan dewasa, suri rumah dan ibu tunggal dan projek agropolitan Besut-Setiu,” katanya
No comments:
Post a Comment