Thursday, November 14, 2013

Terengganu Siap Sedia Hadapi Cabaran Kelayakan Piala Monsoon

Terengganu bersiap sedia untuk memberi cabaran dalam kejohanan kelayakan Piala Monsoon 2013 yang akan diadakan di Pulau Duyong,  bermula esok.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata tujuh pasukan tempatan termasuk Terengganu akan berentap dalam kejohanan selama empat hari itu.

"Matlamat kejohanan ialah untuk memilih sebuah pasukan terbaik bagi mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Monsoon yang akan diadakan di tempat yang sama penghujung bulan ini," katanya.

Mnurut Zainal, pasukan Terengganu telah menjalankan latihan intensif sejak dua bulan lepas sebagai persediaan menghadapi kejohanan di peringkat kebangsaan itu.

Katanya penyertaan Terengganu dalam kejohanan itu bukan sahaja untuk mendedahkan pelayar dalam acara antarabangsa, malah melahirkan atlet pelayaran bertaraf antarabangsa, pada masa hadapan

Beliau berkata, bekas pemenang pingat emas sukan pelayaran Sukma 2012 telah dipilih dan diberi penghormatan untuk menganggotai pasukan Terengganu kali ini.

No comments:

Post a Comment