Saturday, November 9, 2013

Terminal Teksi K.Terengganu Siap Sepenuhnya

Terminal teksi baharu yang dibina berhampiran Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu akan beroperasi Januari depan, kata datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang.

Katanya, terminal bernilai RM350,000 itu yang dibina sejak November tahun lepas sudah siap sepenuhnya. 

"Terminal baharu ini mempunyai 36 tapak teksi serta pelbagai kemudahan lain yang akan memberi keselesaan kepada pengguna," katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata, kedudukan strategik terminal baharu itu juga dijangka dapat membantu melancarkan lagi sistem pengangkutan awam di bandar raya ini.

No comments:

Post a Comment