Acara pelepasan peserta adalah di Pulau Warisan dengan peserta seterusnya akan berkonvoi ke Gong Chempedak untuk aksi prologue.
Program kali kelima anjuran kerajaan negeri ini turut disertai 50 wakil media dari 13 buah negara.
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Singapura, Australia, Sepanyol, Britain, Belanda, China, Rusia serta Colombia.
"Acara kali ini merupakan pengembaraan yang terpanjang dan paling sukar di dunia kerana cabaran kali ini diadakan pada musim tengkujuh dan peserta akan menempuhi cuaca yang tidak menentu serta hujan dan ia menjadikan pengembaraan ini pasti lebih sulit dan mencabar," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie.
Rainforest Challenge sebelum ini turut dianjur beberapa negeri dan Terengganu pernah menganjurkannya pada 2005, 2007, 2008 dan 2011.
Peserta antara lain meredah Hutan Simpan Mercang, Hulu Dungun; Bandar Al Muktafi Billah Shah, Hulu Kemaman dan tamat di Kuala Terengganu pada 9 Dis.
Mohd Jidin berkata program itu dapat membantu kerajaan negeri memperkenalkan destinasi pelancongan Terengganu ke luar negara melalui liputan media luar.
No comments:
Post a Comment