Tuesday, December 3, 2013

Amaran Hujan Lebat Di Johor, Pahang Hari Ini

Amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka berterusan sehingga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyebut hujan lebat dijangka dialami di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin dan Bera di Pahang serta Mersing, Kluang, Segamat dan Batu Pahat di Johor.
"Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah," menurut kenyataan itu. Sementara itu, amaran peringkat kuning di Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Johor (Ledang, Kota Tinggi dan Muar) turut dijangka berterusan hingga hari ini.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah, katanya.

Menurut jabatan itu, Malaysia kini mengalami musim monsun timur laut atau musim tengkujuh bermula awal November lepas dan dijangka berakhir minggu ketiga Mac tahun depan.

No comments:

Post a Comment