Saturday, December 21, 2013

Azih Muda Presiden Baru CUEPACS

Pemilihan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyaksikan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysis (ANULAE), Azih Muda, 56, diumumkan sebagai Presiden CUEPACS bagi penggal 2013-2016.

Bekas Timbalan Presiden 1 CUEPACS itu menewaskan pencabarnya, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan majoriti 390 undi bagi jawatan tertinggi kesatuan.

Azih mendapat 701 undi, manakala Ahmad Shah 311 undi pada Konvensyen Tiga Tahun Sekali CUEPACS di Dewan Wawasan, Menara PGRM, di Kuala Lumpur, kelmarin.Badan itu mewakili suara 1.4 juta penjawat awam.

No comments:

Post a Comment