Thursday, December 12, 2013

Banjir: Skuad Bola Sepak Terengganu, T-Team Turut Bantu

Sejumlah RM17,880 berjaya dikumpulkan melalui perlawanan perlawanan bola sepak amal antara Terengganu dan T-Team, di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu malam kelmarin bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Sumbangan orang ramai itu dibuat melalui pembelian tiket bagi menyaksikan perlawanan anjuran Persatuan Bola Negeri Terengganu (PBSNT) yang turut disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. 

Menteri Besar berterima kasih kepada PBSNT yang mengambil inisiatif itu melalui kutipan tiket RM5 seorang bagi mengisi tabung bantuan mangsa bencana banjir sealin menguji keupayaan pemain baru yang membarisi dua pasukan negeri itu.

"Walaupun kita (kerajaan) mempunyai peruntukan yang mencukupi tetapi sumbangan yang dihulurkan oleh pelbagai pihak yang prihatin terdapat nasib masyarakat, amat dialu-alukan," katanya kepada pemberita ketika menyaksikan perlawanan itu.

Selain penonton, pengurusan skuad Terengganu dan T-team serta pemain kedua-dua pasukan turut menghulurkan sumbangan itu.

 Hasil kutipan sumbangan itu diserahkan oleh Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid kepada Menteri Besar sebelum diserahkan kepada tabung bantuan itu nanti.

Perlawanan persahabatan antara dua pasukan itu berkesudahan dengan Terengganu menewaskan T-Team, 2-0.

No comments:

Post a Comment