Thursday, December 12, 2013

AIM Tangguh Kutipan Bayaran Balik Pembiayaan Kepada Mangsa Banjir

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menangguhkan kutipan pembayaran balik pembiayaan kepada mangsa-mangsa banjir di empat negeri yang sedang menghadapi bencana alam itu.

Pengerusi Lembaganya, Dr. Zubir Harun berkata, sebagai tanda prihatin, AIM menangguhkan kutipan bayaran balik pembiayaan bagi negeri Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor sehingga keadaan pulih dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM247 juta.

Katanya, bagi negeri Terengganu, lima cawangan yang dijadualkan untuk penangguhan bayaran balik pembiayaan ialah Dungun, Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.
Menurutnya, bagi negeri Pahang, cawangan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh, Maran dan Bera.

"Bagi negeri Johor pula, cawangan yang terlibat ialah di Segamat dan Batu Pahat manakala di Kelantan, daerah yang terlibat ialah Kuala Krai.

"Walau bagaimanapun, dijangkakan sebanyak RM37 juta akan ditangguhkan dalam jangka masa paling panjang iaitu enam kali bayaran balik," katanya dalam kenyataan kelmarin.

Zubir menambah, AIM juga akan melancarkan tabung kutipan bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana banjir bagi meringankan beban mereka.

"Kutipan tersebut akan dilancarkan serta-merta dalam kalangan kakitangan dan sahabat-sahabat AIM yang terlibat dengan bencana itu di seluruh negara," jelasnya.

No comments:

Post a Comment