Wednesday, December 11, 2013

Bekalan Elektrik Pulih Sepenuhnya Di Terengganu

Bekalan elektrik di Terengganu dan beberapa kawasan di Pahang kembali pulih sepenuhnya, sehingga jam 11 pagi Selasa.

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini hari ini, sejumlah 30 pencawang elektrik di kedua-dua negeri itu dihenti tugas melibatkan 2,270 akaun pengguna.

Di Terengganu, katanya bekalan elektrik di Cukai, Al-Muktafi Billah Shah, Cheneh, Kuala Berang dan Dungun telah pulih sedia kala, hanya dua pencawang elektrik di Geliga yang masih dihenti tugas melibatkan dua akaun pengguna.

Katanya 13 set janakuasa telah dibekalkan di Kemaman. Katanya di Pahang, bekalan elektrik di beberapa daerah di negeri itu iaitu Kuantan, Gebeng, Rompin dan Muadzam telah kembali pulih.

Namun, sejumlah 28 pencawang elektrik masih dihenti tugas antaranya di Pekan (6), Jerantut (7), Triang (11) dan Temerloh (4). Hanya sebilangan kecil bekalan elektrik di Lipis dan Maran masih dihenti tugas. 

Menurut kenyataan itu, jumlah akaun pengguna yang tiada bekalan elektrik adalah 2,198. Katanya sebanyak 22 set janakuasa dibekalkan di Kuantan, Jerantut dan Triang.

No comments:

Post a Comment