Wednesday, December 11, 2013

Sekolah Rosak Akibat Banjir Akan Dibaik Pulih Segera - Idris

Semua sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir akan dibaik pulih secepat mungkin supaya dapat digunakan pada sesi baharu persekolahan Januari depan.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, terdapat peruntukan khas disediakan kerajaan untuk menangani permasalahan itu dan jenis kerosakan dan keperluan sekolah terbabit akan dikenal pasti.

"Ada peruntukan khas untuk kita baiki sekolah-sekolah yang rosak, saya dan pegawai pembangunan akan berjumpa dengan pengetua dan guru besar sekolah terlibat untuk tengok jenis kerosakan.



"Setelah itu kita akan baiki sekolah dan akan bekalkan kerusi dan meja pelajar supaya sekolah penggal baharu akan dapat bermula tanpa sebarang masalah,” katanya kepada pemberita di program gotong-royong perdana anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa di perkampungan Sungai Isap 2 di Kuantan, semalam.

Beliau berkata, hasil tinjauan di sekolah-sekolah yang terjejas di daerah ini, kerosakan membabitkan kerusi dan meja adalah sehingga 80 peratus dan ia akan diganti dengan kadar segera. - Bernama

No comments:

Post a Comment