Tuesday, December 17, 2013

ECER Umum 12 Pelaburan Baharu Bernilai RM10.08 Bilion


Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Isnin mengumumkan pelaburan baharu di wilayah ini berjumlah RM10.08 bilion oleh 12 pelabur, termasuk tiga penerima Tabung kemudahan Teraju untuk Usahawan Bumiputera.

Ia membabitkan empat pelaburan bernilai RM5.61 bilion di Pahang, lima pelaburan di Kelantan bernilai RM2.96 bilion dan tiga pelaburan di Terengganu bernilai RM1.51 bilion.

Menerusi pelaburan baharu ini, jumlah pelaburan yang berjaya ditarik oleh wilayah pembangunan itu pada 2013 sahaja berjumlah RM28.46 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis pertukaran komitmen pelaburan di ECER oleh pelabur berkenaan pada majlis khas di Putrajaya semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Jebasingam Issace John.

Menurut kenyataan akhbar, jumlah pelaburan dalam ECER yang dicatatkan sejak 2007 sehingga sekarang berjumlah RM55.80 bilion, melepasi separuh daripada sasaran pelaburan ECER sebanyak RM110 bilion pada 2020.

Pelaburan RM55.80 bilion ini dijangka mewujudkan 55,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Pelabur baharu terdiri daripada Genting Bhd dalam pelancongan bersepadu dan taman tema di Genting Highlands (RM5 bilion); Farm Resort (Gambang) Sdn Bhd - hotel empat bintang berasaskan konsep agro dan ekopelancongan di Gambang Pahang (RM68.2 juta); Boustead Hotels & Resorts Sdn Bhd - hotel lima bintang di Cherating, Pahang (RM200 juta.

Aset Beta Sdn Bhd - projek pembangunan bercampur di pusat bandar Kuala Terengganu (RM1.5 bilion); Admal Aviation Sdn Bhd - penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat di Kuala Terengganu (RM280 juta); dan Biz Markz Cement Industries Sdn Bhd - kilang simen bersepadu di Gua Musang, Kelantan (RM1.2

Yang lain, ASN Simen - kilang simen bersepadu di Gua Musang, Kelantan (RM1.2 bilion); Syarikat Usahasama Seri Cemerlang - hotel dan suite lima bintang hotel dan suit (RM300 juta); Ilmu Dab Hikmah Sdn Bhd - kolej universiti swasta di Bachok dan Kota Baharu, Kelantan (RM250 juta).

Kidz Fun Manufacturing & Marketing Sdn Bhd - pembuatan mainan pendidikan di Kuantan, Pahang (RM37.08 juta); Synergy Generated Sdn Bhd - pengeluaran panel solar di Setiu, Terengganu (RM36 juta) dan AUEI Teras Holdings Sdn Bhd - Pembangunan kondominium untuk asrama pelajar universiti di Kota Baharu, Kelantan (RM6.67 juta).

No comments:

Post a Comment