Tuesday, December 10, 2013

Ibu Kepada Tiga Beradik Yang Dibunuh Minta Henti Spekulasi


Ibu kepada tiga beradik yang dipercayai dibunuh bulan lalu berkata beliau akan mengikut ibu mertuanya pulang ke Besut, Terengganu dalam waktu terdekat bagi menenangkan fikirannya.

Siti Aisyah Arifin, 40, meminta anggota masyarakat agar prihatin dengan keadaan orang lain dan persekitaran mereka bagi mengelak tidak berlaku perkara tidak diingini.

Dalam kejadian itu, mayat Noor Syafikah Nadia ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong pada 30 Nov manakala mayat Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma, ditemui di terusan Mada di Kampung Padang Tani, dekat Alor Semela pada 1 Disember.


Sebelum itu mereka dikatakan keluar rumah pada 29 Nov dengan menunggang motosikal kira-kira 7.30 malam.

Berkaitan ini, beliau meminta orang ramai agar menghentikan membuat spekulasi tentang kematian anak-anaknya seperti yang disebarkan melalui laman sosial.  orang ramai tidak tahu tentang apa sebenarnya yang berlaku dan tidak wajar membuat pelbagai andaian.

"Biarlah pihak polis menjalankan siasatan mereka sehingga selesai," katanya kepada pemberita di rumahnya di Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar Ahad.

Beliau menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob yang turut menyampaikan sumbangan.

Siti Aisyah berharap pihak polis dapat menangkap penjenayah terbabit dengan segera dan dikenakan hukuman setimpal.

No comments:

Post a Comment