Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Terengganu telah menggerakkan sebanyak 32 kenderaan untuk operasi pemindahan dan penghantaran makanan kepada mangsa banjir di beberapa daerah yang terjejas akibat bencana itu, di negeri ini.
Timbalan Pengarah JPAM Terengganu, Mohd Zubir Mohd Juzad kenderaan JPAM termasuk lori 3 tan hingga 5 tan, bot dan kenderaan pacuan empat roda digerakkan bersama-sama kenderaan pasukan penyelamat lain untuk membantu mangsa banjir.
"JPAM Terengganu juga telah mengerahkan seramai 250 anggota skuad utama yang sangat terlatih dan mempunyai asas dalam paramedik, ke Kemaman.
"Jika keperluan semakin mendesak, kita akan menambah lagi seramai 1,500 anggota dari skuad bantuan bagi memastikan operasi menyelamatkan mangsa banjir berjalan lancar," katanya ketika ditemui di pusat pengumpulan barangan untuk mangsa banjir di Dataran Batu Buruk, Sabtu.
Katanya, JPAM diberi peranan untuk menjadi kumpulan bertindak di barisan depan dalam operasi memindahkan mangsa ke pusat penempatan sementara dan menggunakan logistik yang ada untuk menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.
"Kita sebelum ini memang sedia ada satu platun yang dianggotai 30 anggota di setiap daerah dan kini kita membantu mangsa banjir di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu," katanya.
No comments:
Post a Comment