Wednesday, December 11, 2013

ISU SABASUN - Perjuangan Din Turtle Sudah Di Penghujung Jalan



Daripada hambali1

Sebagai blogger yang sudah berusia dan berpengalaman, Blogger Din Turtle sepatutnya menyiasat dan jangan membuta tuli menimbulkan isu SABASUN di blognya.

Beliau sepatutnya dapatkan pandangan mereka lebih mengetahui mengenai isu ini bukan tulis memetik satu sumber yang berkepentingan.


Namun,  beliau jelas berpihak kepada satu sumber, sedangkan beberapa sumber (SINI, SINI, SINI)dan pihak lain turut memperkatakan isu ini.

Kini SABASUN MOHON MAAF.

1. SABASUN memohon maaf kepada MBKT dan Kerajaan Negeri di atas segala kekeliruan dan tohmahan yang timbul secara sedar atau tidak sedar.

2. SABASUN berjanji akan patuh kepada beberapa peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MBKT bagi membolehkan SABASUN mendapat CF untuk bangunan perniagaannya.

3. SABASUN berterima kasih kepada MBKT kerana meluluskan permit sementara supaya SABASUN dapat berniaga seperti biasa.

4. Pemilik SABASUN, Che Salmi Che Ibrahim mengakui MBKT prihatin terhadap usahawan Melayu di Kuala Terengganu dan tuduhan kepada MBKT sebelum ini.

5. Mengenai SABASUN 2 di Wakaf Tembesu, pengurusan SABASUN dimaklumkan urusan pengambilan tanah di luar bidang kuasa MBKT dan perkara itu dibawah Kerajaan Negeri iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

6. SABASUN akan membuat rayuan dan perbincangan bersama UPEN berkaitan perkara berbangkit di SABASUN 2.

7. SABASUN mengakui pihak UPEN telah menyatakan tanah milik SABASUN di Wakaf Tembesu akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan membina Bandar Baru Perkasa Alam, bukan diberi atau dijual kepada pihak asing seperti didakwa sebelum ini.

8. Bandar Baru Perkasa Alam antara lain turut memfokuskan aktiviti peruncitan bumiputera selaras dengan perancangan mewujudkan Daerah Baru Kuala Nerus.

Sekarang siapa tersepit?

(Sebelum ini Din Turtle ‘berkonfrantasi’ dengan beberapa blogger ketika pilihan raya Kuala Besut apabila mengatakan blogger berkenaan mendapat layanan lebih istimewa).

SABASUN sudah minta maaf dan Din Turtle jika kena saman malu OLEH PIHAK YANG KENA TUDUH oleh beliau melalui penulisannya itu, siapa mahu bantunya?

Apakah cukup dengan Din Turtle mengatakan ‘Alhamdulillah .... akhirnya selesai juga masalah antara pihak Sabasun dan MBKT. Sememangnya niat saya membangkitkan isu ini bulan lepas adalah untuk menarik perhatian pihak MBKT supaya dapat diselesaikan perkara ini. BUKAN untuk menyalahkan sesiapa.

Namun Din Turtle menambah: “ PS - Hmmm .... mungkinkah selepas ini kita buka Bahagian Kedua pula - Sabasun VS UPEN ? Hmmmmmmm ..... menarik juga nih.


 Apa makna selesai yang Din Turtle maksudkan?

Apakah dengan SABASUN minta maaf dianggap selesai?

Yang selesai untuk setakat ini SABASUN minta maaf buat kenyataan menyalahkah MBKT.

Mereka bersetuju BERSEMUKA. Itu sahaja.

Maknanya ada pintu perundingan. Selama ini pun MBKT ajak SABASUN berunding.

Bagaimana kalau perbincangan menjadi buntu dan masing-masing BERKERAS?

Banyak perkara tidak benar yang ditulis oleh Din Turtle.

Apakah beliau juga akan melakukan perkara sama dan MEMINTA MAAF secara terbuka kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, khususnya kepada Datuk Azlan Dagang?

Banyak kenyataan Din Turtle dalam blognya tetapi saya petik yang awal sahaja kerana hipotesisnya sudah tidak betul:


“Persoalan yang ingin ditimbulkan -Kenapa payah sangat pihak MBKT untuk bekerjasama dan membantu usaha peniaga Melayu ini yang telah terbukti mampu bersaing dengan nama2 besar seperti Giant dan Mydin ?

” Kenapa usahawan Melayu tempatan dianaktirikan berbanding orang luar seperti Mydin dan Giant yang pada mata kasar saya, begitu dimanjakan dan dipermudahkan urusan mereka ?

Saya harap isu ini mendapat perhatian mana2 pemimpin MELAYU yang mempunya kuasa atau pengaruh untuk bertindak. Jangan hanya pandai BERCAKAP tentang menolong orang Melayu tapi bila ada usahawan Melayu yang sanggup kedepan menerima cabaran, dia di cantas !”



1. Din Turtle sudah medakwa MBKT tidak bantu peniaga Melayu;

2. Din Turtle sudah mengaitkan Giant dan Mydin dengan dikatakan dimaja dan dipermudahkan urusan mereka. Mana Din Turtle tahu ‘mereka dapat jalan mudah’?

3. Siapa yang dituduh Din Turtle sebagai yang menganaktirikan usahawan Melayu berbanding orang luar? 4. Pemimpin Melayu – hanya pandai bercakap dan mencantas usahawan Melayu. Ini sebahagian sahaja perkara yang saya timbulkan dan pastinya blog Din Turtle akan dijengok namun penulisan beliau yang berpihak kepada PIHAK YANG KINI MEMINTA MAAF bagi saya tidak bertanggungjawab dan memusnahkan reputasinya sendiri.

Apakah Din Turtle ditaja seperti SABASUN yang sekali lagi menjadi penaja pasukan T-Team untuk 2014 sebanyak RM100,000? Saya tanya bukan TUDUH!

Dan kalau tidak ada penajaan khusus…Jangan-jangan Din Turtle ada AGENDA SENDIRI dengan MBKT atau pihak-pihak lain yang menyebabkan kenapa beliau beria benar memperjuangkan SABASUN ini. ( Ini juga pertanyaan bukan TUDUHAN).


7 comments:

  1. Sebenarnya majlis tersebut berjalan dalam keadaan harmoni dengan kedua belah pihak saling bermaaf maafan demi mencari jalan penyelesaian.Sabasun tidak pernah tohmah MBKT.Sabasun berhujah dengan bukti yang cukup jelas...anok dara ambe keje sabsun gi sama dgn che salmi...pada tarikh tu jupa dato bandar...

    ReplyDelete
  2. tolong laaa jgn buat andaian tanpa dptkn maklumat yg tepat....kenyataan di atas adalah kurang tepat sama sekali. pihak mbkt terlebih dahulu memohon maaf di atas kesulitan dan karenah birokrasi yg di hadapi oleh sabasun selama ini dan berjanji akan membantu, di susuli prmohonan maaf juga oleh pengarah urusan sabasun (saling brmaaf maafan) dan ucapan terima kasih kpd mbkt yg akhirnya telah memudah cara segala kesulitan yg ditanggung oleh sabasun selama ini... isunya di sini, jgn laaa pulak kata yg sabasun tu buat tomahan dan tuduhan yg bkn2 kpd mbkt sblm ini sbb semua kenyataan yg dibuat adalah benar dan diakui oleh semua pihak termasuklah pihak mbkt sendiri....

    ReplyDelete
  3. rujuk lah pada sumber yg sahih sebelum sesuatu berita itu disiarkan.....Nak bina Bandar Baru Perkasa Alam tu kata bukan nak diberi kpd pihak asing...tapi pada mata kasar GIant dah naik, Mydin pula dah naik iklan kata nak buka Mei 2014, kat depan Sabasun 2 tu Austin Square (katanya Singaporean punyer)....tapi Sabasun pula yg 100% melayu jati terengganu nak disuruh pindah...cam ner citer pulak tu?????? Bg org2 yg berfikir....mcm kelakar ah statement no 7 tu hi hi hi hi (gelak sikit)

    ReplyDelete
  4. dari video ucapan MD sabasun yg tersebar di youtube skrg ni dgn jelas tlh menyatakan isu sabasun vs mbkt alhamdullillah tlh selesai dlm keadaan win-win situation. Berkat doa semua....satu part iaitu isu sabasun di bukit kecil telah selesai segala kekusutannya....

    ReplyDelete
  5. Psl perancangan nak buat Bandar Baru Perkasa Alam tu....apa salahnya libatkan Sabasun sekali??? Kan kata nak fokus pd xtvt peruncitan....bukankah Sabasun tu mmg dah terlibat dlm xtvt peruncitan??????

    ReplyDelete
  6. Apakah Din Turtle ditaja seperti SABASUN yang sekali lagi menjadi penaja pasukan T-Team untuk 2014 sebanyak RM100,000? Saya tanya bukan TUDUH!
    .........baguslah din turtle...tolong org ganu sendiri...kalu x wat gitu x lah lok citer ni...baru mbkt tahu..tgk..concerned...ke sabasun..tidak senyap tupah...pah ceroh...

    ReplyDelete
  7. mmmm....ke...teganuku..juga..pun di taja..maaf bukan tuduhan..pertanyaan...

    ReplyDelete