Wednesday, December 11, 2013

Jambatan Taktikal Di Kemaman Siap Untuk Kegunaan Orang Ramai



Jambatan Taktikal di Sungai Limbung yang menghubungkan jalan utama Bandar Chukai di Kemaman, Terengganu siap sepenuhnya awal pagi semalam.

Jambatan itu boleh dilalui semua kenderaan mulai 12 tengah malam Isnin.

Menurut Kementerian Pertahanan, pembinaan jambatan itu dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di Sungai Limbung dan memudahkan orang ramai ke Bandar Chukai dengan selamat.

Ia boleh digunakan oleh orang ramai sehingga jambatan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, kata kementerian dalam kenyataansemalam.

Jambatan sepanjang 20 meter itu dibina oleh 41 anggota Tentera Darat dari Tujuh Skuadron iaitu Rejimen Askar Jurutera Diraja Kota Baharu, Kelantan dan 11 Skuadron dari Temerloh, Pahang. Mereka diketuai oleh Mejar Nik Amir Nik Yaacob, Pegawai Pemerintah 7 Skuadron, Rejimen Askar Jurutera Diraja dari Temerloh. Jambatan asal di sungai itu runtuh pada Khamis lepas.

No comments:

Post a Comment