Saturday, December 7, 2013
Kelewatan Hantar Bekalan Bantuan Banjir Bukan Disengajakan - KP Bomba
"Ini termasuk menggunakan sepenuhnya bantuan logistik daripada Angkatan Tentera Malaysia bagi menyegerakan penghantaran bekalan berkenaan terutamanya di kawasan sukar serta terputus laluan darat," kata Menteri Besar Terengganu itu.
Beliau menyatakannya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bantuan banjir Kemaman, di Cukai hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Anggota Parliman Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata kelewatan pasukan penyelamat menghantar bantuan ke beberapa lokasi dilanda banjir bukan disengajakan, sebaliknya disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.
Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim (kiri) berkata antara halangan yang terpaksa ditempuhi ialah gangguan bekalan elektrik selain kesukaran komunikasi.
"Selain itu kita terpaksa tempuhi laluan menuju ke tempat penghantaran bantuan yang terpaksa ditutup ekoran ditenggelami air banjir.
"Terdapat juga kenderaan-kenderaan yang diletakkan di bahu jalan agar tidaktenggelam menyebabkan kelewatan bantuan kita tiba di sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Bomba Sukarela Zon Pantai Timur dan Selatan di Kuala Terengganu hari ini.
Konvensyen dua hari bermula semalam itu dihadiri hampir 300 peserta mewakili28 pasukan bomba sukarela. Menurutnya ekoran kekangan itu, perjalanan yang sepatutnya singkat akhirnya mengambil masa sehingga dua atau tiga jam untuk sampai.
Dalam pada itu Wan Mohd Nor berkata pengurusan bencana di negara ini masih berada di tahap yang baik jika dibandingkan negara lain. Katanya ini berikutan jumlah mangsa yang terkorban akibat bencana alam itu sentiasa berada pada tahap minimum manakala mangsa berjaya diselamatkan pula masih terjaga makan minumnya.
"Kita difahamkan setakat ini, yang kita dapat pindahkan...berpuluh-puluh ribu mangsa banjir kita tiada masalah. Kita pasukan penyelamat ni...kita cuba sedaya upaya memberi bantuan jika diperlukan. "Mungkin ada satu dua kesulitan sehingga menyebabkan kelewatan.
Tapi, bagi saya ia bukan satu isu yang besar. Yang penting, dalam keadaan kecemasan begini, kita kenalah bertenang dan berlapang dada," katanya.
Sementara itu, Jurutera daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kemaman Abdul Razak Ahmad berkata di Kemaman hari ini, limpahan air melanda Kemaman khususnya di sekitar bandar Cukai dikatakan mengatasi rekod banjir besar di daerah tersebut pada tahun 1971 dan tahun lepas.
rekod hujan tertinggi itu melebihi 1,161 milimeter (mm) di Stesen Hujan Jabor dan 1,029mm di Stesen Hujan Padang Kubu.
Katanya satu lagi stesen hujan di Air Putih turut mencatatkan jumlah yang tinggi bagi tempoh berkenaan iaitu 712mm.
"Rekod taburan hujan tertinggi di Stesen Hujan Jabor itu menghampiri separuhdaripada purata taburan hujan dicatat seluruh negeri Terengganu iaitu antara 3,000-3,500mm bagi tempoh setahun.
"Jumlah kuantiti air bagi tempoh tersebut agak luar biasa berbanding 500mm sahaja di Stesen Air Putih iaitu catatan taburan hujan tertinggi dari 24 hingga 27 Dis 2012 ketika terjadinya banjir tahun lepas," katanya.
Abdul Razak berkata faktor semula jadi adalah penyebab curahan hujan lebat luar biasa melanda daerah ini (Kemaman) selama tiga hari bermula 2 hingga 5 Dis lalu
Kesemua aliran air hujan itu memasuki tiga sungai utama di daerah ini iaitusungai Jabor, sungai Tebak dan sungai Air Putih sebelum bertemu dan masuk kesungai kemaman di bahagian hulu, yang mengalir ke kuala di mana terletaknyabandar Cukai.
Katanya limpahan hujan luar biasa itu turut mengakibatkan beberapa kawasan berkepadatan penduduk yang sebelum ini tidak pernah ditenggelami secara kritikal seperti Paya Berenjut dan Mak Lagam menerima kesannya.
"Malah banjir kali juga ditambah dengan faktor air pasang laut besar dari 2hingga 5 Dis lalu," katanya.
No comments:
Post a Comment