Wednesday, December 4, 2013

Kenyataan Raja Kamarul Bahrin Tidak Betul, Bukan Runtuh Tetapi Terkopak

Keadaan bumbung yang terkopak akibat dipukul ribut.

Bazlan...bukan runtuh
Pengerusi Lembaga Pengurusan Kolej Universiti Tati (TATiUC), Bazlan Abd Rahman menafikan bumbung bangunan Dewan Canselor TATiUC di Teluk Kalung, Kemamam runtuh.

Sebaliknya, hanya sebahagian bumbung terkopak akibat angin kencang kelmarin.

Bazlan menjawab kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu (PAS), Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di bangunan Parlimen semalam, bahawa berlaku satu lagi insiden bumbung runtuh.

Menurut Raja Kamarul Bahrin bumbung dewan kolej tersebut runtuh dalam tempoh kurang daripada 14 bulan selepas siap dibina.

"Dalam kejadian alam, kita tidak dapat menjangka akan berlaku kejadian seperti ini," tegas Bazlan melalui sms kepada Teganuku, malam tadi.

Semalam pada sidang media di Bangunan Parlimen, Raja Kamarul Bahrin menyatakan kecewa dengan kejadian runtuh yang menurutnya bangunan itu berharga RM17 bilion itu dibuka pada Oktober lalu dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang pada satu masa.

"Saya sangat kecewa dengan insiden itu yang menunjukkan pelaksanaan dan urus tadbir sangat lemah. Kejadian seumpama itu adalah yang ketiga berlaku tahun ini di negeri itu," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.
Raja Kamarul Bahrin...dewan RM17b

Raja Kamarul Bahrin dipetik Sinar Harian Online, kejadian yang kerap itu amat menggerunkan masyarakat dan menimbulkan persoalan tindakan diambil kerajaan terhadap kontraktor dan pembekal yang menyebabkan keruntuhan tersebut.

"Jawapan diberikan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin adalah kontraktor tersebut akan disenaraihitamkan. Tetapi hasil penyelidikan pihak kami, ada kontraktor itu masih mendapat projek lain seterusnya berlaku lagi kejadian runtuhan.

"Hal ini menunjukkan masalah perlaksaan penguatkuasaan yang tidak tegas menyebabkan masalah sama terus berulang. Dan kenapa ia banyak berlaku di Terengganu?," katanya.

Bazlan menjelaskan pihaknya akan meminta kontraktor yang menyiapkan projek berkenaan untuk mengkaji dan membaiki bumbung yang terkopak selain berharap kejadian serupa tidak berlaku lagi di masa hadapan.

2 comments:

  1. Teganuku tak perlu lah bela korupsi.Isu yang dibawa oleh Raja Bahrain tu, kenapa kontraktor sama yang diberi kebenaran walaupun rekod buruk. Saya pun sokong BN, tapi tak boleh lah sokong melulu macam admin. adoi....

    ReplyDelete
  2. Saya tak cakap isu kontraktor...saya cakap bukan runtuh tapi terkopak. Isu kontraktor boleh dibincang melalui tajuk lain. Kalau ada bukti sila dedahkan.

    ReplyDelete