Wednesday, December 25, 2013

Lagi Bantahan Himpunan 31 Dis, Desak Polis Ambil Tindakan Awal

Sebanyak 30 belia dari Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu serta lima badan bukan kerajaan (NGO) membuat enam laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hulu Terengganu, berhubung perhimpunan tersebut.

Wakil mereka Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu Nik Azman Nik Abdul Razak berkata mereka mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang merancang perhimpunan itu.

"Himpunan itu juga bakal merosakkan belia negara dan kami menentang sekeras-kerasnya himpunan itu, malah kami sangat menyokong apa-apa tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa," katanya di Hulu Terenggaanu, hari ini.

Selain Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, turut membuat laporan polis hari ini ialah Belia 4B, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Pengakap, Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Belia Felda Hulu Terengganu.

Di KOTA BAHARU, dua badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan agama iaitu Minda Pondok dan Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan membantah usaha mengadakan perhimpunan haram itu.

Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok Mohd Syamsul Mohd Yusoff berkata Islam melarang umatnya menjatuhkan kerajaan melalui cara kekerasan setelah kerajaan itu dipilih rakyat melalui pilihan raya yang sah.

"Jika kita lihat daripada sudut agama, adalah haram menjatuhkan kerajaan yang sedia ada manakala dari sudut akhlak dan moral pula, tidak elok mengadakan perhimpunan haram kerana ia hanya mendatangkan keburukan.

"Kerajaan sekarang ini telah diiktiraf (menerusi pilihan raya) dan kita tengok cara kepimpinan yang ada sekarang menggunakan sistem demokrasi...semua pihak bersetuju dan kerajaan sekarang ini tidak boleh dipertikai lagi," katanya dalam sidang akhbar di Kota Bhru.

Sebuah gabungan di daerah Pekan semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan meminta tindakan tegas diambil terhadap mereka yang merancang mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Dis ini.

Gabungan itu terdiri daripada Pemuda Umno Pekan, anggota jawatankuasa kemajuan dan kemajuan kampung (JKKK), persatuan pesara, bekas tentera dan polis, ibu tunggal, persatuan peladang dan nelayan, Belia 4B, Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC).

No comments:

Post a Comment