Friday, December 13, 2013

Mada Hantar Bantuan Makanan, Minuman Kepada Mangsa Banjir Di Kemaman

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menghantar bantuan makanan dan minuman kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen Kemaman, Terengganu.

Pengerusinya, Datuk Othman Aziz berkata bantuan Tabung Kebajikan Mada itu berupa 5,000 botol air minuman, bubur nasi segera, beras dan biskut.

"Saya dan seluruh kakitangan Mada berharap bantuan tidak seberapa ini dapat membantu keperluan mangsa banjir," katanya kepada pemberita selepas melepaskan konvoi misi penghantaran bantuan itu di Ibu Pejabat Mada di Ampang Jajar, di Alor Setar, semalam.

Othman berkata 10 sukarelawan Kor Tani Mada terlibat dalam misi penghantaran dan pengagihan bantuan itu dan mereka juga akan membantu mangsa-mangsa banjir mencuci rumah selepas banjir surut.

Katanya Mada bersedia menghantar bantuan serupa ke kawasan lain yang dilanda banjir sekiranya ada permintaan.

No comments:

Post a Comment