Friday, December 13, 2013

Malaysia Langkah Ke Separuh Akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2013


Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan melakar sejarah selepas mara ke peringkat separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013.

Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu menewaskan Korea Selatan 2-1 pada perlawanan peringkat suku akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Major Dhyan Chand, New Delhi, India, semalam.

Kedua-dua jaringan gol Malaysia dihasilkan Shahril Saabah melalui jaringan padang pada minit ke-18 dan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-62.
Gol tunggal Korea Selatan dihasilkan Anda Seungju seminit sebelum tamat separuh masa pertama.

Malaysia dijadual bertemu Perancis, Jumaat, setelah menewaskan Belgium 5-4, pada perlawanan separuh akhir.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia melangkah ke saingan separuh akhir Piala Dunia Remaja ialah pada 1985 di Vancouver, Kanada.

No comments:

Post a Comment