Wednesday, December 11, 2013
Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Pahang Menurun
Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,754 orang berbanding 6,048 orang yang direkodkan malam tadi, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Setakat 8 pagi ini, masih terdapat 1,432 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan dari 78 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan," katanya hari ini.
Di Kuantan, masih terdapat 924 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Maran (660 orang di 12 pusat pemindahan), Temerloh (518 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di tiga pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat).
No comments:
Post a Comment