Wednesday, December 11, 2013

Banjir: PTPTN Sedia Tangguh Pembayaran Balik

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang terjejas dengan bencana banjir di Pantai Timur dan Johor sejak seminggu lalu.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan PTPTN ini juga selaras dengan arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta semua agensi terlibat menangguhkan pembayaran balik melibatkan mangsa banjir di Pantai Timur dan Johor sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

"Penangguhan pembayaran ini akan diutamakan kepada peminjam yang terlibat dengan bencana banjir. Selain itu, peminjam yang berada di luar kawasan tetapi mempunyai keluarga sedang menghadapi banjir turut dipertimbangkan," katanya dalam sidang akhbar Sumbangan PTPTN Kepada Misi Sukarelawan Siswa Banjir 2013 semalam.

Sebanyak RM50,000 telah diserahkan kepada Sekretariat Majlis Sukarelawan Universiti-universiti Malaysia (Maskum) untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment