Saturday, December 21, 2013

Pelajar Kolej Kena Ragut


Seorang pelajar wanita Kolej Yayasan Terengganu cedera akibat terjatuh daripada motosikal selepas diragut sekumpulan lelaki yang menaiki kereta PERODUA Viva di Kampung Tok Jembal, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 7.30 pagi ketika Zafira Halwa Ibrahim, 20, yang menunggang motosikal Honda Dash dalam perjalanan ke kolej berkenaan untuk menduduki ujian percubaan akhir tahun.

Setiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki kumpulan lelaki terbabit bertindak menghimpit pelajar berkenaan dan meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam raga motosikal.

Zafira yang ditemui di Wad Pembedahan Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia tidak sempat mengelak dan tersembam di atas jalan sebaik motosikalnya dihimpit.

No comments:

Post a Comment