Monday, December 30, 2013

Peniaga Cedera Ditembak Perompak Di Kuala Besut

Seorang peniaga nyaris maut akibat ditembak dua lelaki yang merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut semalam.

Mangsa hanya luka di perut dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.55 petang apabila suspek yang menaiki motosikal menyerbu premis tersebut.

Mereka mengacukan pistol ke arah tiga pembantu kedai dan mengarahkanketiga-tiga wanita berkenaan memasukkan telefon yang dipamer di premis itu kedalam beg plastik yang dibawa para perompak, katanya. 

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang peniaga kedai makan yang terletak besebelahan kedai telefon itu yang cuba membantu, tetapi telah diacukan pistol oleh para perompak.

Kamaruddin berkata para perompak itu melepaskan tembakan ke arah peniagaberkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikal mereka yang tidak mempunyainombor pendaftaran.

Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yangdipasang di premis yang dirompak itu, katanya.

No comments:

Post a Comment