Tuesday, December 17, 2013

Penternak Rugi Lebih RM2.4 Juta Akibat Banjir Di Terengganu

Banjir yang melanda Terengganu menyebabkan para penternak mengalami kerugian lebih RM2.4 juta, kata Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Dr Syed Zulkifli Syed Zainulabidin.

Beliau berkata ia melibatkan kira-kira 700 orang penternak di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu. "Kerugian sebenar ialah RM2,406,000 sebab ternakan mereka seperti lembu, kambing, ayam dan rusa terkorban dalam banjir," katanya.

Dr Syed Zulkifli berkata daerah Kemaman mencatat kerugian paling tinggi iaitu bernilai RM1.6 juta, Dungun (RM470,000), Hulu Terengganu (RM210,000), Marang (RM86,000) dan Setiu (RM40,400).


Laporan tentang kerugian ini akan dihantar kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, katanya. 

Beliau turut menasihati penternak supaya berwaspada dengan kemungkinan berlaku wabak ternakan selepas pascabanjir dengan JPV akan segera membuka bilik gerakan sekiranya wabak tercetus.

No comments:

Post a Comment