Monday, December 30, 2013

Penyelia TMC Mesra Mall Maut Digilis Lori

Seorang penyelia di pasar raya TMC Mesra Mall, Kemaman maut selepas digilis sebuah lori yang mem bawa muatan bahan kimia berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kilometer 122.5 Jalan Kuala Terengganu-Kemaman malam tadi.

Mangsa, Nurul Hazwani Abd. Rahman, 20, berasal dari Kampung Gong Chengal, Kemasik yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam sewaktu mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan ke Chukai.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment