
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menyerahkan cek bernilai RM300,000 kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, untuk Tabung MRA-Utusan.
YSS, yang diwakili Pengerusinya Datuk Zuraidah Atan, pula menerima cek bernilai RM111,000 daripada Hamad Kama Piah pada satu majlis di ibu pejabat PNB di Kuala Lumpur.
Hamad Kama Piah berkata sumbangan itu diharap dapat membantu mangsa banjir menerusi program bantuan dan pemulihan yang dianjurkan oleh tabung MRA-Utusan dan YSS.
No comments:
Post a Comment