Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menawarkan penangguhan pembayaran bulanan, sehingga enam bulan, kepada semua usahawannya yang terjejas oleh banjir, khususnya di Pahang dan Terengganu.
Dalam satu kenyataannya pada Jumaat, PUNB berkata tawaran penangguhan pembayaran pembiayaan PUNB akan dipertimbangkan mengikut kes bermula Januari 2014 kepada usahawan skim Prosper Runcit, Prosper Pemborong, Prosper Usahawan Muda, dan skim perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
engerusinya Datuk Mohd Ali Rustam berkata penangguhan ini dapat meringankan beban serta kebimbangan usahawan terhadap komitmen kewangan dalam keadaan yang sukar.
"Dianggarkan lebih 62 syarikat/perniagaan dikesan terlibat dalam bencana banjir.
"Buat masa ini, selain tawaran penangguhan pembayaran, PUNB juga turut membantu usahawan dan keluarga mereka menerusi sumbangan dan misi bantuan kebajikan selain membantu proses tuntutan takaful terhadap kerugian yang dialami," katanya.
No comments:
Post a Comment