Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai tangan ke arah orang ramai semasa menghadiri sambutan Majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 di Padang Kota Lama, di George Town, hari ini. |
Rakyat perlu mencari kebersamaan antara mereka berbanding mencari apa yangmembezakan mereka, kata perdana menteri.
Beliau berkata sebagai contoh, walaupun terdapat perbezaan tafsiran sepertikonsep Tuhan dalam agama Islam dan Kristian, ia tidak seharusnya dijadikanperbalahan yang boleh merenggangkan hubungan antara kaum. "Islam dan Kristian adalah dua agama terbesar di dunia.
Kedua-dua agama ini boleh dikatakan mempunyai asal usul yang sama, ada permulaan yang sama iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.
"Meskipun dari segi akidah kita ada perbezaan, umpamanya konsep Tuhan.
Dalam Islam konsep Tuhan agak berbeza. Tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini, maka kita akan merenggangkan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian," katanya ketika merasmikan majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini.
Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup serta KetuaMenteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Najib berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau amat menekankan aspek keamanan, keharmonian serta kestabilan dan komited untuk melakukan apa sahaja demi memelihara ketiga-tiga aspek itu.
"Saya pernah sebut saya tidak berminat untuk memenangi sesuatu pertengkaran berhubung sesuatu isu. Saya hanya memikirkan bagaimana mencapai keamanan,keharmonian dan kestabilan yang sewajarnya untuk negara ini. Inilah tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Kita mesti faham sensitiviti antara satu sama lain dan bila kita faham sensitiviti antara satu sama lain, kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain.
"Orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati orang Kristian dan orang Kristian tidak seharusnya menyakiti hati orang Islam," katanya.
Beliau berkata, konsep rumah terbuka yang dianjur bukan hanya meraikan sesuatu perayaan semata-mata sebaliknya adalah medium untuk rakyat di negara ini berkongsi dan memahami adat serta budaya sesuatu kaum.
Najib juga berkata, program rumah terbuka membolehkan rakyat berkongsi peluang yang merangkumi adab dan kemakmuran.
Beliau berkata, rumah terbuka juga boleh dijadikan tirai program Tahun Melawat Malaysia 2014 dan menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.
Katanya, beliau percaya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di bawah pimpinan Mohamed Nazri bersedia untuk menjayakan program yang dirancang dankerajaan pusat sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk meningkatkanindustri pelancongan.
"Adalah penting untuk kita mengingatkan diri sendiri bahawa jika kita bekerjasama, kita akan berjaya mencapai potensi terbesar untuk Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment