
Katanya mereka terdiri 17 kakitangan awam, lapan pengerusi Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), tiga imam, seorang bilal dan seorang penerima anugerah cemerlang Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
"Bagi kakitangan awam mereka yang terpilih merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) manakala bagi pengerusi JKK, imam dan bilal pula kita pilih berdasarkan kepada tempoh perkhidmatan tidak kurang dari empat tahun dan mendapat sokongan dari Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan pegawai daerah," katanya semalam.
Mengenai sumbangan untuk jurumandi dan pembantu jurumandi jenazah di Terengganu, Ghazali berkata kerajaan negeri menaikkan imbuhan jurumandi dari RM60 kepada RM100 untuk setiap jenazah.
"Bagi pembantu jurumandi pula, imbuhan dinaikkan dari RM30 kepada RM50 bagi setiap jenazah," katanya.
No comments:
Post a Comment