Wednesday, December 18, 2013

Terengganu Umum Bantuan Kepada Mangsa Banjir Hari Ini

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said akan mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan memberi bayangan tentang bentuk sumbangan itu.

"Tunggulah esok. Kita akan bincang bantuan ini dalam mesyuarat Exco dan umumkan selepas itu. "Yang pastinya memang ada sumbangan untuk mangsa banjir di Terengganu agar dapat ringankan beban mereka," kata semalam.

Pada 7 Dis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir.

No comments:

Post a Comment