Mas Ermieyati |
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri) berkata pergerakan itu akan terus menjadi benteng dan perisai kepada orang Melayu serta umat Islam di negara ini seperti yang diamanahkan Muhyiddin.
"Kebimbangan terhadap usaha dijalankan untuk pertikaikan kedudukan orang Melayu atau menyerang agama Islam takkan dikompromi, dan Umno terutama Pemuda, tetap di barisan hadapan dengan jaminan untuk lindungi, atasi dan tewaskan anasir ini," katanya kepada pemberita.
Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata pergerakan itu akan memartabatkan kembali idealisme Umno tulen berkaitan usaha memperjuangkan Melayu dan bumiputera tanpa mengabaikan kaum lain selaras dengan hasrat Muhyiddin untuk menjadikan parti berkenaan sebagai tempat bagi seluruh rakyat bernaung.
Shahrizat juga berkata Wanita Umno menyokong penuh saranan Muhyiddin untuk mengangkat idea pendidikan Islam sepanjang hayat.
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Mas Ermieyati Samsudin berkata pergerakan itu akan lebih giat mendekati golongan muda dalam usaha meraih keyakinan dan sokongan mereka.
"Puteri akan terus menggembleng tenaga dan berani menjawab pelbagai soalan yang diajukan golongan muda serta mendengar pendapat mereka supaya tiada lagi persepsi yang salah mengenai Umno," katanya.
No comments:
Post a Comment