Wednesday, December 25, 2013

Usaha Tingkat Gnerasi Pelapis Dalam PAS Terengganu


Pelantikan Satiful Bahri Mamat sebagai Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baharu membuktikan Pas tidak ketandusan pimpinan muda.

Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, generasi pelapis perlu diberi peluang dalam memastikan mereka dapat meneruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu dengan corak lebih baik. 

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu pada penggal lalu memperlihatkan sikap optimis berhubung kesediaan memberi laluan kepada pimpinan baharu kerana percaya keadaan itu membantu pemimpin sedia ada meneruskan kepimpinan pada masa depan.

“Bila hendak muktamar baru-baru ini, saya beritahu pemimpin saya sedia untuk beri laluan bagi melahirkan pimpinan baharu supaya kita boleh melatih mereka.

"Jika saya tidak terpilih, saya kata ia beri sedikit kerehatan untuk saya menumpukan kepada kawasan. Jadi, nampaknya pimpinan memikirkan ada munasabah dan terima pandangan saya,” katanya, di Kuala Terenggaanu.

Pas Terengganu merupakan antara empat negeri yang menerima pesuruhjaya baharu termasuk Selangor, Johor dan Perak.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid yang dilihat memberi peluang secara mudah kepada orang lain menggantikan tempatnya, menafikan mahu bersara sebaliknya menganggap ia sebagai proses biasa.

“Dari segi persaraan politik dalam jemaah Islam ini tidak timbul sama sekali. Apabila sudah meninggal dunia, baru bersara. Ini tanggungjawab, tidak semestinya tidak pegang jawatan itu kita bersara. Kita boleh berperanan macam-macam.

“Datuk Wan Abdul Mutalib (bekas Adun Batu Burok), dia tidak pegang jawatan tetapi dia adalah penasihat.

Selalu beri pandangan, jadi hubungan itu ada terutama apabila kita hendak bina markaz tarbiyah, dia beri sumbangan, pandangan dan kewangan. Jadi boleh beri sumbangan macam-macam. Bersara tidak timbul,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan berkemungkinan wujud persempadanan semula di negeri ini melibatkan kawasan Parlimen dan Adun. Katanya, jika berlaku, ia sudah tentu memerlukan pelapis baharu di kerusi tersebut.

No comments:

Post a Comment