Monday, January 20, 2014

Kena Halang Masuki Jepun - Anwar Berang Dengan Wisma Putra, Tokyo


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan bersandiwara dalam kejadian dia dilarang memasuki negara Jepun.

Anwar turut membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah.

Sekali gus beliau meenggap kerajaan Jepun menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.

Anwar berang dengan tindakan pihak berkuasa Jepun itu yang mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah.

Berikutan itu dia mendesak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) memberi penjelasan di sebalik sandiwara kerajaan yang didakwa mendalangi pengusiran beliau dari Jepun.

Anwar mendakwa kerajaan telah memberikan 'laporan terbaru' termasuk skandal kepada kerajaan Jepun hingga menghalang beliau daripada memasuki negara terbabit secara sah hari ini.

"Apa peranan Wisma Putra hingga menyebabkan saya terpaksa diusir dari Jepun.

"Ketika ditahan pihak berkuasa Jepun, saya meminta penjelasan, mereka akhirnya memberitahu saya bahawa mereka terpaksa mengambil tindakan ini "kerana laporan terkini" mungkin pada lalu," katanya memetik kenyataannya dari akaun laman sosial Facebook, hari ini

 Mengulas lanjut, Anwar membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Jepun yang menghalang beliau memasuki negara itu secara sah sekali gus menafikan haknya untuk mendapatkan perjalanan bebas tanpa sebarang halangan.

Tambah beliau, tindakan pihak berkuasa Jepun itu mengejutkannya kerana sebagai sebuah negara demokrasi terkemuka di dunia, perkara tersebut tidak pernah berlaku dengan hanya alasan yang berasas dan lemah. "Saya mengesyaki ada tangan tersembunyi yang mendalangi kemasukan saya ke Jepun.

"Sebelum ini saya telah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali pada 2006, 2009, dan 2012, namun kali ini dihalang pula," katanya.

Memetik kenyataannya lagi, Anwar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi, semalam dari Kuala Lumpur tetapi telah dihalang daripada memasukinya oleh pihak berkuasa imigresen Jepun.

Beliau kemudiannya diarah pihak berkuasa Jepun untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi, semalam.

No comments:

Post a Comment