Monday, January 20, 2014

Permainan Terengganu Belum Hebat Lagi - Abdul Rahman


"Terengganu tidak bermain begitu hebat" itulah antara ulasan ketua jurulatih Abdul Rahman Ibrahim selepas Terengganu mengalahkan Selangor PKNS 2-1 pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Sabtu malam.

Abdul Rahman berkata mungkin daripada segi taktikal Terengganu bagus tetapi daripada segi permainan Terengganu belum hebat lagi.

"Apapun, kami harap kemenangan ini memberi kami ruang bernafas untuk bermain dengan lebih yakin dan lebih baik pada perlawanan-perlawanan berikutnya," katanya.

Abdul Rahman yang juga bekas ketua jurulatih Selangor PKNS itu berkata perlawanan malam tadi sukar untuk Terengganu terutama apabila menerima asakan daripada pasukan lawan.

Sementara itu, penyerang Terengganu Norfarhan Mohamad berkata beliau dan rakan sepasukannya masih mencari rentak dan keserasian dalam permainan.

Pemain import, Mamadou Barry menjadi wira skuad Penyu apabila menjaringkan kedua-dua gol Terengganu masing-masing minit ke-21 dan minit ke-65.

No comments:

Post a Comment