
Kenyataan itu juga menyebut angin kencang Timur Laut kategori dua yang melanda kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang dan Palawan turut dijangka berterusan sehingga Selasa ini.
Keadaan angin kencang yang bertiup dari 50 hingga 60 kmsj serta ombak setinggi 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat) juga dijangka berterusan sehingga awal petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
No comments:
Post a Comment