Friday, January 31, 2014

Kaum Cina Di Terengganu Tidak Berharap Lagi Kepada Barisan Nasional & UMNO?

"Apakah kerana tidak adanya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam negeri maka ucapan 'Gong Xi Fa Cai’ secara rasmi oleh pemimpin UMNO lain dan Kerajaan Negeri tidak dapat diucapkan?Apakah rakyat Cina di Terengganu tidak layak menerima ucpan Selamat Tahun Baru kali ini? Kenapa pada tahun lepas dan tahun sebelumnya masyarakat Cina diraikan bagaikan ‘menatang minyak yang penuh’?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat menyatakan kesal dan kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menaikkan bayaran lesen perniagaan sehingga 120 peratus.

Dakwanya, MPK sepatutnya lebih prihatin tidak menekan peniaga kecil-kecilan dan menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan dari hasil cukai industri. Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis jamuan bersama masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina disini pada Isnin malam 27 Januari.


Kita tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan bahawa kira-kira 40 penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) merampas peralatan persiapan Tahun Baru Cina yang dianjurkan Pusat Khidmat DUN Bandar, Terengganu.

“Mereka menyerbu dan merampas peralatan persiapan kami untuk sambutan Tahun Baru Cina kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam). Program yang kami anjur telah mendapat permit dari polis Terengganu. Kenapa MBKT rampas?”, soal Adun Bandar Azan Ismail kepada Keadilandaily.

Azan memaklumkan, program Tahun Baru Cina DUN Bandar sepatutnya diadakan malam semalam di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

 “Ribuan ringgit dibelanjakan. Bukannya guna duit kerajaan negeri. Tapi hasil sumbangan orang ramai dan inisiatif KEADILAN Terengganu,” kata Azan sambil mengatakan satu laporan polis dijangka dibuat.

Kita tahu benar bahawa pembangkang timbulkan isu ini sempena Tahun Baru Cina yang menunjukkan mereka prihatin kepada maasalah masyarakat Tionhua.

Tetapi apa yang dibuat Barisan Nasional (BN) atau UMNO?

Mereka langsung seperti tidak mempedulikan masyarakat Cina apabila secara rasmi atau tidak rasmi, tiada ucapaan Selamat Tahun Baru dibuat kepada masyarakat Cina di Terengganu.

Tidak ada sebarang ucapan dibuat mahupun oleh kepimpinan negeri – pentadbiran mahupun parti.

Apa sudah jadi dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu. Kenapa sikap sebegini berlaku?

Apakah rakyat Cina di Terengganu tidak layak menerima ucpan Selamat Tahun Baru kali ini? Kenapa pada tahun lepas dan tahun sebelumnya masyarakat Cina diraikan bagaikan ‘menatang minyak yang penuh’? Apakah orang Cina Terengganu tidak ada perasan?

Apakah kerana tidak adanya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam negeri maka ucapan “Gong Xi Fa Cai’ secara rasmi oleh pemimpin UMNO lain dan Kerajaan Negeri tidak dapat diucapkan?

Kita merasakaan suatu keadaan yang amat berbeza pada perayaan Tahun Baru Cina kali ini apabila pemimin pembangkang mengambil alih peranan pemimpin kerajaan, khususnya daripada UMNO.

Dalam perutusan Tahun Baharu Cina, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina Malaysia, selain menyatakan penghargaannya terhadap peranan yang dimainkan mereka dalam membina negara sejak zaman merdeka lagi

Beliau menyeru rakyat Malaysia supaya menolak sebarang bentuk ugutan, keganasan atau tindakan ekstrem yang boleh menggugat keharmonian yang dikongsi dan dinikmati pelbagai kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata ketika rakyat bergembira menyambut ketibaan tahun kuda, mereka juga haruslah mendukung perpaduan dan keharmonian antara kaum yang telah dinikmati sejak sekian lama. “Saya pasti kita sepatutnya percaya kepada suara kebenaran.

Tergalas di bahu kita untuk bertindak dengan wajar dan sentiasa mendengar pandangan satu sama lain.

"Dalam rumpun kebudayaan Malaysia, kita mestilah menjunjung kedaulatan undang-undang dan sentiasa menghormati sensitiviti anutan lain,” katanya dalam blog www.1Malaysia.com.my.


Sedangkan kembali kepada suasana di Terengganu, kenapakah tiada sepatah ayat pun daripada pemimpin UMNO Terenganu seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri itu.

Menurut laporan media, MCA dan Gerakan menganjurkan majlis rumah terbuka masing-masing sempena sambutan Tahun Baharu Cina hari ini. MCA menganjurkan majlis rumah terbuka di Wisma MCA, iaitu ibu pejabat parti di Jalan Ampang, di sini bermula 9 pagi sehingga 12 tengah hari ini.

Gerakan pula menganjurkan rumah terbukanya di ibu pejabat parti di Menara PGRM Cheras di sini bermula 9 pagi.

Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng berkata kira-kira 4,000 tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka menghadiri majlis itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri Kabinet, pemimpin parti komponen Barisan Nasional dan pemimpin persatuan-persatuan Cina juga dijangka memeriahkan lagi majlis tahunan khususnya di rumah terbuka Tahun Baru Cina itu.

Kita tidak faham sikap pemimpin kerajaan, termasuk pentadbiran, yang seperti sengaja tidak memberikan tumpuan kepada perayaan Tahun Baru Cina ini.



Dalam masyarakat berbilang kaum seperti Terengganu, orang Cina kebanyakannya tinggal di bandar. Bandaraya Kuala Terengganu, Sura, Chukai serta Jerteh paling ramai didiami masyarakat Cina dan tidak wajar walau sedikit ucapan tidak disuarakan kepada mereka.

Sikap tidak megambil peduli khususnya dalam soal menyambut Tahun Baru Cina ini partinya akan memberikan kesan buruk kepada kerajaan.

Sewajarnya pemimpin BN dan UMNO memikirkan sedalam-dalamnya pendapat mengatakan masyarakat Cina yang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu masih dalam ‘mood’ yang sama.

Mereka akaan meneruskan sokongan, memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.


Bagi BN dan UMNO Terengganu, jangan marah ataau terasa hati sekiranya pembangkang memanipulasi sambutan ini untuk sokongan mereka.

Dan jangan terasa hati kalau selepas ini orang Cina terus berpura-pura menyokong pemimpin BN dan UMNO di hadapan mereka sebaliknya merasakan ‘pembangkanglah sebenarnya tempat mereka wajar bergantung harap’.

3 comments:

  1. Biar kan mereka, macam tu lah kami sebagai penghuni berbangsa melayu dan beragama islam di pulau pinang merasa, tidak diperdulikan langsung oleh DAP.

    ReplyDelete
  2. biar mereka terima balasan..dh bermacam2 habuan dan kekayaan yg mereka terima sejak dari zaman diterima sebagai warganegara dahulu..smpi bila nak bg muka..dah bg betis nak peha!!tahniah kerajaan terengganu!!apa lagi cinabeng mahu???

    ReplyDelete
  3. Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
    Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.

    ReplyDelete