Ketua jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah berkata sebagai pemain profesional, peristiwa tersebut tidak septutnya menjejaskan semangat mereka walaupun ada sedikit gangguan.
"Ada rasa kurang selesa sedikit sehari dua ini, ada gangguan sikit, namun kita akan cuba tenteramkan keadaan," katanya.
Elvado Rodrigues |
Dalam insiden itu, pemain import T-Team, Elvado Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzon didakwa dikasari ketika menuju ke bilik persalinan stadium berkenaan.
Kejadian itu menyebabkan T-Team yang sedang ketinggalan 1-2 tidak mahu meneruskan perlawanan. Mohd Azraai berharap pemainnya akan melupakan peristiwa tersebut kerana dibimbangi ia boleh menjejaskan fokus mereka untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
"Sasaran kita ialah untuk memungut tiga mata penuh dalam perlawanan Sabtu ini, lebih-lebih lagi kita bermain di tempat sendiri," katanya.
Beliau berkata Evaldo Rodrigues yang semangatnya tidak luntur dengan kejadian itu akan tetap diturunkan. Difahamkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mendengar kes tersebut Khamis ini.
No comments:
Post a Comment