Thursday, February 6, 2014

Pergaduhan Di Larkin - Kenapa Pemain T-Team Heret Tunku Mahkota Johor?


Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bertegas dan tidak melepaskan sama ada pemain, pegawai atau juga pasukan yang buat onar.

Tidak perlu kasihan belas dan jangan bertimbang rasa. Buat keputusan tegas agar kejadian pergaduhan membabitkan jurulatih serta pemain JDT dan T-Team dijadikan contoh dan pengajaran.

Tindakan dan keputusan FAM yang bermasyuarat hari ini akan dirujuk sebagai kes pengadilan yang adil untuk kedua-dua pihak dan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.

Kelak ia akan dijadikan rujukan jika berlaku lagi kejadian serupa sama ada pada aksi Piala FA, Piala Liga atau Piala Malaysia. Kita tidak mahu kejadian perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lalu berulang..

Kalaupun ada pihak kelak membuat tuduhan berat sebelah terhadap keputusan FAM, hakikatnya ia keputusan yang berdasarkan peraturan. Ia wajar dipatuhi dan dihormati.

Apa juga keputusannya hari ini, semua pihak - pegawai, pentadbir dan pemain perlu menghormatinya.

Seperti dilaporkan blog ini sebelum ini, kejadian terbaru di Sepanyol membabitkan kejadian pemain enggan meneruskan perlawanan, malah sebelum tiupan wisel pertama dimulakan, menyebabkan pasukan berkenaan digantung daripada bermain untuk piala berkenaan bagi musim tahun hadapan.


Itu berdasarkan kepada kes pemain memboilot kerana majikan tidak membayar gaji, bukan kerana pergaduhan dalam terowong ke bilik persalinan. Selain itu pasukan yang menentangnya mendapat kemenangan percuma!

Berikutan kejadian yang julung-julung kali berlaku di Malaysia dalam siri Piala FA kali ini di mana satu pasukan (T-Team) enggan meneruskan perlawanan dengan sebab-sebab keselamatan (bukan di akibatkan oleh penonton seperti kekacauan di padang atau siulan dan teriakan bersifat rasis seperti yang acap berlaku di Itali dan Amerika Selatan) dilaporkan, dua tonggak import T-Team, Fabio Flor De Azevedo dan Evaldo Rodrigues, mengalami tekanan selepas insiden panas itu.

Mereka dikatakan enggan lagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan mahu pulang ke negara kelahiran mereka, Brazil dalam masa terdekat.

Mereka dikatakan dalam keadaan trauma selepas kejadian tersebut. Rodrigues didakwa telah dikasari ketika menuju bilik persalinan sebaik tamat separuh aksi babak pertama ketika berdepan Johor Darul Takzim (Johor DT).

Fabio Flor pula dikatakan telah diugut oleh seseorang dan kedua-dua pemain itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, malam kelmarin ekoran insiden tersebut.


Isu ini semakin hangat apabila beberapa blog mengaitkan insiden dengan Tunku Mahkota Johor dan pastinya sedikit sebanyak akan memberi tekanan kepada FAM.

Sama ada benar Tunku Mahkota  Johor terbabit atau sebaliknya, belum dapat dipastikan.

Apapun, ada beberapa persoalan:

Pertama, apakah pasukan T-Team dihukum dengan memberikan kemenangan kepada JDT?

Kedua, apakah mana-mana pemain dan pegawai yang didapati bersalah dalam insiden pergaduhanakan dikenakan hukuman berat? Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin sudah menyebut mengenai perkara ini.

Ketiga, apakah pihak yang campur tangan akan juga dikenakan tindakan?

Keempat, apakah JDT akan dibenarkan mendapatkan lagi dua khidmat pemain import jika kedua-dua pemain terbabit tetap mahu menamatkan kontrak mereka serta-merta.

FAM boleh menilai laporan polis serta kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh mereka yang berada di tempat kejadian, bukan yang hanya mendengar laporan daripada pihak yang sesetengahnya TIDAK PUN BERADA DI STADIUM TAN SRI HASSAN YUNUS Selasa lalu.

Sejauh ini, inilah kenyataan-kenyataan yang dibuat:

1. Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd. Zain - "Laporan (polis) itu dibuat supaya ada bukti dan atas faktor keselamatan pemain, bukan untuk mengeruhkan lagi suasana." Syahrizan mendakwa pemain T-Team, Elvaldo Rodriguez telah ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) manakala jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo telah disepak di bahagian kemaluan. "Bagi saya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku. Terdapat beberapa pemain import yang terkenal di peringkat antarabangsa dan insiden ini pasti memberi imej buruk kepada sukan bola sepak negara."Walaupun kami membuat laporan polis, kami tidak mahu perkara ini terus berpanjangan. Kami hanya mahu bermain bola sepak dan tidak mahu perkara ini menjadi lebih keruh," katanya.

2. Pemain T-Team, Muhd. Irfan Abdul Ghani – Penolong jurulatih Azlan Johar yang beria-ia mengatakan tidak selamat untuk meneruskan perlawanan dan mengarahkan pemain memulaukan permainan."Hampir semua pemain mahu meneruskan permainan tetapi pembantu jurulatih pasukan (T-Team) Azlan Johar membuat keputusan agar kami menghentikan permainan dan balik," katanya kepada pemberita selepas memberi kenyataan bagi membantu siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor semalam.

3. Pemain T-Team, Muhd. Irfan Abdul Ghani - Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan T-Team yang ditangguhkan Sabtu lalu seharusnya diteruskan kerana tiada sebarang insiden pergaduhan dan kecederaan terjadi seperti dilaporkan sebelum ini. Sewaktu berada di dalam bilik persalinan, dia tidak melihat sebarang kecederaan pada individu yang terbabit. “Saya berada di tepi padang ketika mereka berjalan untuk masuk terowong dan apa yang saya lihat adalah jurulatih kecergasan T-Team menolak jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jiminez. Apa yang terjadi di dalam terowong saya tidak nampak, namun sewaktu berada dalam bilik persalinan, tiada sebarang kecederaan di bahagian muka Elvaldo Rodriguez yang dikatakan ditumbuk sehingga hidungnya berdarah”.

Katanya, individu yang dikatakan tercedera dalam insiden terbabit juga hadir dalam sesi latihan keesokan hari tanpa sebarang masalah. "Muhd Irfan, who said he was standing behind his Brazilian striker teammate Evaldo Goncalves throughout the incident, claims that nobody was hurt in the episode and did not notice Goncalves’ nose bleeding in the changing room as reported.“Many of my teammates felt that we could have played on and I personally feel that our safety was not compromised. There were many security personnel on duty at the time,” he said in a press conference.

4. Ketua jurulatih Johor Darul Takzim (Johor DT), Cesar Ferrando Jimenez membuat laporan polis diiringi peguam, Datuk Baljit Singh Sidhu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Onn Jabar dan Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya. Baljit berkata: “Terlalu banyak tohmahan mengenai insiden itu. Fakta juga tidak diberi dengan jelas dan disebabkan itu, dia (Jimenez) tampil buat laporan bahawa sebenarnya dia yang diserang oleh jurulatih kecergasan T-Team dan pemain yang memakai jersi No. 16 pasukan tersebut. Dalam insiden tersebut, kolar bajunya telah ditarik oleh jurulatih kecergasan T-Team, itu sebenarnya yang berlaku. Dia (Jimenez) diserang termasuk dengan kata-kata kesat dan selain daripada itu, tiada apa yang berlaku.” 02/Siapa-serang-siapa?

Ada wajanya jika pengurusan T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya Ifran yang jelas menyebelahi pasukan JDT berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lepas.

Irfan didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team. 


Syahrizan berkata, tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi ia dibuat sebagai memihak pasukan lawan. Ia menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

"Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," kata Syahrizan.

Sementara itu, pada ketika Kerajaan Johor Langsung tidak membabitkan dirinya dengan insiden ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin mahu FAM melakukan siasatan secara telus berhubung insiden pergaduhan itu.


Menurut Ahmad Said , beliau telahpun mendapatkan gambaran awal mengenai insiden yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos daripada pihak pengurusan T-Team dan berharap pihak berkuasa akan menyiasat laporan polis yang dibuat dengan terperinci.

"Saya kesal dengan apa yang telah berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, kini terserah kepada FAM dan pihak polis. Saya berharap insiden ini akan disiasat secara telus memandangkan pemain import dan jurulatih kecergasan pasukan pasukan telah membuat laporan polis.

Saya telah berbincang dengan pihak pengurusan T-Team dan kami menyerahkan kepada FAM untuk mengambil tindakan lanjut termasuk mengadakan perlawanan ulangan membabitkan kedua-dua pasukan," katanya.

1 comment:

  1. thank...4 the facts...
    semangat kesukanan!!!!!
    maju sukan untuk negara

    ReplyDelete