Terengganu menyifatkan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi kemenangan 3-0 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ke atas T-Team dalam saingan Piala FA sudah dijangka dari awal lagi.
.jpg)
"Keputusan yang diumumkan FAM itu memang sudah dijangka dari awal lagi dan jangkaan itu memang tepat," katanya semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung keputusan tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM Kelana Jaya di Petaling Jaya, hari ini, membuat keputusan memberi kemenangan perlawanan pusingan kedua itu kepada JDT selepas T-Team didapati bersalah tidak menghabiskan baki perlawanan pada separuh masa kedua.
Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor, Sabtu lepas, T-Team, yang ketinggalan 2-1, enggan meneruskan perlawanan babak kedua atas faktor keselamatan.
T-Team mendakwa penyerang importnya dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasan Stefano Impagliazzo dikasari oleh pihak pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan selepas tamat separuh masa pertama.
No comments:
Post a Comment