Wednesday, February 19, 2014

Jangan Simpan, Edar Laporan Laman Sosial, SMS & Whatsapp Kematian ADO...

Noorul Shazrina bersama dua anaknya Wan Nor Sofia (kanan) dan Wan Iman (kiri). 
Hasil laporan bedah siasat yang dijalankan berhubung kematian Penolong Kanan Pentadbir Tanah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda didapati tidak menunjukkan unsur jenayah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan meminta orang ramai yang menerima laporan berhubung kes ini melalui laman sosial, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan whatsapp agar tidak menyimpan dan mengedarkannya.

Noorul Shazrina, isteri, Penolong Kanan Pentadbir Tanah, Kuala Terengganu, Allahyarham Wan Hariff Rafany Wan Muda,35, yang ditemui mati lemas di Sungai Tajin, Hulu Terengganu, turut sedih dengan sesetengah pihak yang membuat andaian sendiri terhadap kematian arwah suami sedangkan perkara itu masih dalam siasatan polis.

Katanya, dia rasa tertekan dengan perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang membuat pelbagai andaian terhadap kes kematian arwah suami yang tersebar luas menerusi media sosial.


Ketika ditemui Teganukita di rumah mertuanya di Kampung Limbongan,Besut yang ditemani dua anaknya, Wan Nor Sofia Hana,6 , dan Wan Iman Nashrid, 4 tahun beliau kelihatan tenang walaupun perasaan sedih dan dengan kehilangan suami tersayang.

Mangsa dipercayai mati akibat lemas, namun pihaknya masih menunggu laporan toksikologi bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata laporan bedah siasat yang selesai diadakan pada pukul 6 petang kelmarin tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa
 "Siasat awal yang dijalankan ke atas mangsa lebih menjurus ke arah mati lemas dan kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan pada mangsa," katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu semalam.

Menurut beliau, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan menyeluruh berhubung kematian mangsa.

Mayat Wan Hariff Rafany, 35, ditemui terapung di Sungai Kampung Tajin, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira 10.30 pagi semalam oleh tiga remaja yang sedang memancing.

Mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui masih lengkap berpakaian kemeja T berwarna oren serta berseluar trek yang pihak polis turut menemui kunci kereta di dalam poket seluar mangsa.

Manoharan berkata pihaknya juga telah merakam percakapan anggota keluarga, rakan sekerja serta individu yang mengetahui pergerakan mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata setakat ini pihak polis mengklasifikasi kes sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan. "Siasatan menyeluruh dari semua aspek sedang giat dijalankan dan sebaik siasatan selesai, kita akan merujuk kes ini kepada timbalan pendakwa raya," katanya.


No comments:

Post a Comment