Saturday, February 15, 2014

Majlis Fatwa Mahu Kerajaan Ambil Tindakan Tegas Terhadap Comango



"Jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa."
- Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin 

KUALA LUMPUR (15 Februari 2014) - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam semalam menegaskan tuntutan yang dibuat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syariat Islam dan bakal menghancurkan negara.

Justeru, jawatankuasa fatwa berkenaan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.


"(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia", katanya.

Comango sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan itu turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal kes penggunaan kalimah Allah dan ajaran Syiah.

Abdul Shukor turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk bersatu padu dalam menangani isu berkenaan tanpa memikirkan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan kesucian agama Islam dan meminta umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

3 comments:

  1. satu soaln berkenaan kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender. bukan kah orang2 macam ni semua makhluk Allah juga? bukankah mereka dicipta Dia juga? kalau sifat macam lbgt salah /tak betul/ bertentangan dengan fitrah manusia, adakah Allah buat kesilapan?

    ReplyDelete
  2. Allah tak pernah buat kesilapa walhal manusia itu sendiri yng mencri masalah... Kte dituntut utuk berpegang kepada al quran dan hadith... Secara terang terangan perkara yng lakukan bertentangan dgn islam...

    ReplyDelete
  3. Semua nya sudah tercatiy dlm al quran... Inilah dunia akhir zaman yg diceritakan... Ini adalah ujian Allah bgi hambanya... Adakah dgn duduk diam boleh melegkn segla tidakk.... Bila die melibtakn isu kesucian islam.. Kte wajib pertahankan.... Adakah dgn menyelahkn pencipta adalah satu solusi... Fikirknlah.... Letak kesalahn pada diri sendiri.... Dan jaga pertuturan kte.... Ini berkaitan akidah....mtakut2 terpesong akidah ... Teguhkn iman kite dan terus mengkkn kesucian islam....

    ReplyDelete