Friday, February 14, 2014

Muhyiddin Yakin BN Sarawak Akan Kekal Kukuh


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin BN Sarawak akan terus kukuh, biarpun Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri.

Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom berkata keyakinan itu dinyatakan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam mesyuarat tertutup lebih dua jam bersama presiden serta wakil parti komponen BN negeri.

"Dalam mesyuarat tersebut beliau menyatakan, BN Sarawak sememangnya sudah diketahui mempunyai semangat bersatu yang kuat, semangat tersebut perlu diteruskan walaupun Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN negeri akan mengundurkan diri.

"Beliau turut yakin sistem sedia ada dalam BN Sarawak, dan juga keputusan Abdul Taib memilih calon Ketua Menteri baharu tidak akan menimbulkan masalah kerana mandat penuh sudah diberikan untuk membuat keputusan tersebut," katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Mawan berkata selain itu, mesyuarat tersebut juga berkisar kepada senario politik di Sarawak ketika ini. Mesyuarat yang dipengerusikan

uhyiddin turut dihadiri presiden parti komponen BN Sarawak, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, dan Presiden Parti Rakyat Sarawak Tan Sri James Jemut Masing Turut hadir Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak Prof Dr Sim Kui Huin dan Setiausaha BN Sarawak Datuk Stephen Rundi Utom.

No comments:

Post a Comment