Ghazali (kiri) pada Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) Kali ke-34, di Riyaz Heritage & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, kelmarin. |
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata pindaan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YT dalam masa terdekat.
Langkah itu perlu dibuat berikutan ada sesetengah pelajar yang menolak pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan agensi-agensi lain semata-mata untuk mendapatkan pinjaman yayasan, katanya.
Ghazali berkata melalui pindaan itu kelak, yayasan tidak akan memberikan pinjaman penuh dan hanya akan membiayai keperluan tertentu yang tidak dapat ditampung pelajar berkenaan bagi mengelak mereka menolak pinjaman PTPTN dan menumpukan kepada yayasan.
"Perlu diingat dalam proses penajaan, biasiswa atau pinjaman, sebenarnya yayasan adalah sebagai pelengkap sahaja kepada mana-mana agensi pusat iaitu Mara, PTPTN atau JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam). Sepatutnya biasiswa ini ditaja atau dibiayai tabung sedemikian," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Ghazali berkata ini bermakna, YT akan menjadi pelengkap dan hanya akan membantu jika pinjaman yang diberikan PTPTN tidak mencukupi.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak akan membabitkan peminjam sedia ada, yang mana ia akan diteruskan sehingga mereka tamat pengajian.
"Kita lihat jumlah pelajar baharu yang memohon terlalu besar, kita kena lihat kemampuan kewangan kita cukup atau tidak.
Seboleh-bolehnya dengan sumber yang terhad ini, kita nak bagi sama rata kepada yang berhak," katanya.
No comments:
Post a Comment