Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan tiupan angin dengan kelajuan dari 40 kmsj serta ketinggian ombak mencapai 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan amaran ketampakan rendah kurang dari 5km di sekitar perairan sama dijangka berterusan sehingga Ahad.
No comments:
Post a Comment