Monday, March 17, 2014

Menteri Besar Meluangkan Masa Ziarah Datuk Yahya Khatib Di HSNZ

Menteri Besar meluangkan masa menziarahi Yahya yang diserang penyakit strok di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meluangkan masa kira-kira sejam melawat bekas Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan beberapa pesakit lain yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

Yahya yang juga bekas ADUN Penkalang Berangan (2004-2013) pada Khamis lalu dimasukkan ke HSNZ akibat penyakit strok.


Turut mengiringi Menteri Besar ialah isteri beliau, To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohamad Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Mohd Yasim Awang, Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohd. Johari Abu Bakar.

Yahya yang ditemani isteri, To’ Puan Rosnani Ngah kelihatan gembira dan ceria menerima kehadiran Ahmad kira-kira pukul 5.30 petang.

Kedua-dua mereka juga dilihat berbual-bual dalam keadaan mesra.

Selepas itu, Ahmad Said turut menziarahi Abdul Majid Muda, 78 tahun, iaitu bapa kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Khairuddin Abdul Majid yang dimasukkan ke HSNZ akibat penyakit sama.

Beliau turut melawat beberapa lagi pesakit lain di hospital itu.

teganukita

No comments:

Post a Comment