Wednesday, March 5, 2014

Masjid Di Terengganu Disaran Adakan Solat Minta Hujan


Masjid dan surau di negeri ini disaran supaya mengadakan solat 'istisqa' untuk memohon hujan turun ketika cuaca kering dan panas sekarang.

Saranan dibuat Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh yang berkata umat Islam boleh melakukan usaha sedemikian termasuk untuk membantu memadam kebakaran yang berlaku di hutan paya gambut dekat Kampung Tok Kah, Dungun dan kebakaran hutan di Lembah Bidong, Setiu.

Pada perkembangan lain, beliau berkata Terengganu telah memberi peruntukan sekali ganda untuk pertandingan hafazan sejak lima tahun lalu.

"Ini bertujuan memberi imej positif dan galakan motivasi terutama kepada remaja untuk membudayakan al-quran dalam kehidupan seharian mereka.


"Sejak lima tahun lalu, juara untuk hafazan 1 hingga 30 juzuk ialah sebanyak RM7,000; 1 hingga 20 juzuk (RM5,000) dan 1 hingga 10 juzuk (RM3,000)," katanya kepada pemberita di majlis meraikan peserta menghafaz al-Quran di Kuala Terengganu, kelmarin.

Mohd Rozali berkata Terengganu merupakan negeri pertama yang memberi elaun khas kepada penghafaz al-quran sejak 1982 dan langkah positif itu mula diikuti banyak negeri lain.

No comments:

Post a Comment