Wednesday, March 5, 2014

Kanak-Kanak Lelaki Lima Tahun Maut Selepas Makan Hidangan Pasar Malam

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia semalam akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di Kuala Terengganu, Sabtu lepas.

Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme, meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang semalam ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ibunya, Siti Zuriana Mohd. Yusoff, 28, berkata, anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.



Beliau berkata, hanya suaminya, Mohd. Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payong, Marang.

"Kira-kira pukul 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.

"Sehingga pagi tadi (semalam), keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya.

Beliau menyatakannya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment