Thursday, March 20, 2014

STPM - Terengganu Terus Catat Keputusan Memberangsangkan

Terengganu mencatat keputusan memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 apabila 23 buah sekolah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) melebihi 2.60 berbanding sembilan sekolah pada tahun sebelumnya.

Ini menyaksikan peningkatan GPS negeri daripada 2.40 pada tahun 2012 kepada 2.54 tahun lalu yang mana GPS melebihi minimum GPS nasional sebanyak 0.01.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, Terengganu juga mencatat pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) 2.54 tahun lalu berbanding 2.40 (2012) dengan perbezaan 0.14 peratus.

Menurutnya, keputusan calon lulus penuh pula mencatatkan 97.47 peratus berbanding 96.00 peratus tahun sebelumnya iaitu meningkat 1.46 peratus.

Katanya, jumlah calon yang lulus penuh empat prinsipal turut meningkat daripada 41.46 peratus pada tahun 2012 kepada 58.53 peratus (2013).

"Berdasarkan analisis lulus penuh lima mata pelajaran, sedikit menurun berbanding tahun lalu.

Bagaimanapun ini tidak menggugat pelajar memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. "Ini kerana syarat permohonan kemasukan adalah lulus penuh empat mata pelajaran saja termasuk Pengajian Am.

Peningkatan lulus empat subjek iaitu 17.07 peratus melibatkan 1,757 calon berbanding 1,236 calon pada tahun 2012," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar keputusan STPM 2013 bagi sekolah-sekolah di negeri ini di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di Kuala Terengganu, semalam.

Jelasnya, 23 sekolah yang mendapat GPS 2.60 ialah SMK Chung Hwa Wei Sin; SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, SMK Bukit Payong, SMK Putra, SMK Chukai, SMK Tengku Ibrahim, SMK Sultan Ahmad, SMK Tengku Bariah, SMKA Nurul Ittifaq, SMK Cheneh Baru, SMK Kuala Telemong dan SMK (Agama) Sheikh Abdul Malek. Lain-lain ialah SMK (Agama) Durian Guling, SMK Kuala Besut, SMK Nasiruddin Shah, SMK Badrul Alam Shah, SMK Merchang, SMK Manir, SMK Tengku Lela Segara, SMK Sultan Ismail, SMK Renek, SMK Tengku Intan Zaharah dan SMK Bukit Besar.

Sebanyak 23 sekolah yang lulus penuh 100 peratus ialah SMK (Agama) Nurul Ittifaq, SM (Agama) (Atas) Sultan Zainal Abidin, SM (Agama) Maarif, SMK Tengku Ibrahim, SMK Chung Hwa Wei Sin, SMK Bukit Payong dan SMK Sultan Ahmad. Begitu juga SMK Merchang, SMK Cheneh Baru, SMK Sultan Sulaiman, SMK Belara, SMK Seri Nilam, SM Teknik Terengganu, SMK Bukit Nenas, SMK Padang Midin, SMK Menerong, SMK Landas, SMK Putra, SMK Nasiruddin Shah, SMK Kuala Besut, SMK Kuala Telemong, SMK Renek dan SMK Seri Nering.

Dalam pada itu, Hashim turut mengumumkan tujuh pelajar terbaik STPM 2013 di Terengganu yang memperoleh PNGK 4.00 dengan mendapat 4 prinsipal A dalam semua mata pelajaran. Mereka ialah Mohamad Shukri Muda (SMK Panji Alam), Wee Ying Ni (SMK Chung Hwa Wei Sin), Seeh Ti Whan (SMK Tengku Bariah), Nor Hasnita Shamsudin (SMK Putra), Leong Yuan Yi (SMK Tengku Intah Zaharah, Nurul Syahirah Muhamad (SMK Paka) dan Phang Kean Lap (SMK Sultan Ismail).

No comments:

Post a Comment