Wednesday, March 5, 2014

Tindakan Lebih Berkesan Tangani Mat Rempit - Polis Terengganu

Polis Terengganu merangka tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif bagi menangani gejala samseng jalanan yang semakin serius di negeri ini, terutama di bandar raya Kuala Terengganu.

Bagaimanapun Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata paling penting sebarang usaha yang dijalankan oleh polis perlu mendapat sokongan masyarakat.

"Perkara mat rempit ni orang ramai kena elak jadi penonton, kena lapor kepada pihak berkuasa, jangan masuk dan beri sokongan kepada kumpulan yang menyusahkan orang ramai itu," katanya. Beliau menyatakannya di Kuala Terengganu, kelmarin.


Katanya bagi menangani isu samseng jalanan secara jangka panjang, pihaknya akan mengadakan operasi bersepadu melibatkan semua agensi penguatkuasaan termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam).

Gejala mat rempit sering diperkatakan oleh pengguna jalan raya di Terengganu kerana kehadiran mereka terutama pada hujung minggu bukan sahaja mengganggu aliran trafik tetapi juga mengancam keselamatan pengguna.

No comments:

Post a Comment